Terma & Syarat

Syarat Penyertaan Bagi Usahawan / Peniaga

  1. Terbuka kepada semua Usahawan / Peniaga dan Penjaja.
  2. Menyediakan produk / makanan yang bersih, segar dan berkualiti.
  3. Mampu menyediakan tempahan dan pengurusan penghantaran dengan baik kepada pelanggan.
  4. Wajib meletak harga.
  5. Semua produk / makanan mesti dihantar keesokan harinya kepada pembeli.

Peranan Pembeli

  1. Membeli melalui Tahfiz Mall yang disediakan.
  2. Pembelian dibuat satu hari sebelum penghantaran dalam tempo 3 hari.
  3. Semua penghantaran akan ditujukan ke alamat yang telah anda nyatakan dalam pesanan­­­­. 
  4. Caj delivery hendaklah dibayar mengikut Kedai Peniaga semasa menerima produk / makanan. Contoh membeli kuih dan membeli nasi ayam adalah berbeza pemiliknya.
  5. Bagi produk / makanan bayaran mesti dibuat melalui perbankan atas talian yang disediakan dalam An Nisaa Online. 
  6. Untuk pembelian di mana-mana tapak mestilah melebihi RM50.00.

Lain-lain

  1. Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada produk sebenar. Aduan terhadap imej produk dan perbezaan warna tidak akan dilayan.
  2. Tiada bayaran balik atau pemulangan item yang dilakukan untuk pembelian atas talian. Semua jualan adalah muktamad.
  3. Kami menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pesanan anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka.

Kami boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada anda.