Infaq, Wakaf & Sadaqah

رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ

“Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah…” {QS. Al Munafiqun: 10}

Infaq adalah mengeluarkan sebahagian dari harta atau pendapatan /penghasilan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan ajaran Islam. Infaq diantaranya adalah infaq kepada fakir miskin sesama muslim, infaq untuk bencana alam dan sebagainya. Berbeza dengan zakat, dana infaq dapat diberikan kepada siapapun meskipun tidak termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat. Infaq dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman, baik yang kaya atau miskin, baik di saat ia lapang maupun sempit.